Cuti Hari Keputraan Sultan Perak baru-baru ini saya sertai rombongan SMK Dato' Hj Hussein,Selama dibawah kelolaan Cikgu Badariyah Bt Mt Nor (Guru Cemerlang Geografi) ke Ekspedisi Jelajahi Taman Negara Pulau Pinang.
Ekspedisi ini disertaikan oleh 30 ornag murid dan 10 orang guru (termasuk saya).ehehhe.
Bersiap sedia untuk memulakan pengembaraan yang hebat.
Disebabkan hujan turun lebat, kami telah di bawa oleh ketua "hiking" ke muzium Taman Negara Pulau Pinang ini. Disini kami memperoleh banyak info tentang penubuhan Taman Negara ini dan khazanah di dalamnya. Antaranya saya dan Che Su sempat mengirim mesej kepada manusia akan datang mahupun terdahulu melalui Kapsul Masa.
Che Su yang tulis, saya sain je..heheh..
Banyak lagi info menarik dalam muzium ini. Meh jejalan lagi.
Che Su tengah teropong melihat pemandangan laut yang terbentang luas. Cantik. Tapi hujan. Nampak tak gambar kat paya bakau tu?macam real kan?padahal gambar je tau. Belum masuk hiking sudah terasa teruja bila duduk di dalam muzium ini. Mari mulakan pengembaraan bersama saya.....
Ketua Ekspedisi Puan Rosnah telah membawa kami menerokai Hutan Taman Negara yang sungguh menakjubkan. Pengembaraan membawa kami kepada Tasik Meromiktik yang amat mengagumkan. Perjalanan 2jam menerokai alam semulajadi, akhirnya kami sampai di Pantai Kerachut yang sangat cantik dan bersih...
Lihat? cantik dan bersih kan? Hilang penat hiking 2jam apabila sampai di sini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Kerachut ini antaranya berkhemah, melawat ke Pusat Konservasi Penyu(sekiranya anda bermalam di sini, kemungkinan besar anda akan dapat melihat sendiri penyu mendarat di pantai dan bertelur), meneroka Tasik Meromiktik, mandi-manda, bergambar dan menaiki bot.
Pelihara Flora Dan Fauna Kita.
Info tentang Tasik Meromiktik telah saya ceritakan pada episod yang lepas. Selama beberapa jam menikmati keindahan alam semulajadi di Pantai Kerachut, jam 4 petang kami sekali lagi meneroka alam Hutan Taman Negara untuk perjalanan pulang..
Selamat Tinggal Pantai Kerachut, mungkin saya akan datang lagi pada bulan Jun nanti. Insyaallah.
Babai...Sehingga Berjumpa Lagi..