Followers

Friday, April 27, 2012

Tasik Meromiktik

Tasik Meromiktik ialah fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap. Beting pasir ini akan menghalang pergerakan air laut yang di bawa bersama ombak yang besar kemudian tejadinya Tasik Meromiktik. Sambil-sambil itu, jom saya bawa kamu semua melayari keindahan Tasik Meromiktik.
Ini adalah pemandangan Tasik Meromiktik dari dalam hutan Taman Negara pulau Pinang. Untuk sampai ke Tasik Meromiktik ini, pengunjung boleh melalui jalan darat iaitu "Jungle Tracking" yang pasti menjanjikan kepuasan yang maksimum. Mengambil masa hampir 2jam, hidangan flora dan fauna Hutan Taman Negara Pulau Pinang pasti menyajikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung. Walaubagaimanapun, kepada yang tidak gemar  aktiviti mencabar, bot juga disediakan yang mana hanya mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Pantai Kerachut.
Jom jalan lagi....
 Terlampau ingin menikmati Tasik Meromiktik, samapi terpejam mata saya bila Che Su ambil gambar..
jom-jom jalan lagi..
Tarrrraaaa....saya telah menjejakkan kaki ke dalam Tasik Meromiktik....Tasik ini kaya dengan pelbagai ghazanah berharga di dalamnya..meh saya bawakan anda semua mengembara ke dalam tasik ini bersama gambar-gambar yang telah saya rakamkan via Sony Cybershot saya...
Kami sekarang berada di tengah-tengah Tasik Meromiktik. Ini adalah pokok ape ntah..saya pon tak ingat.maaf ye...pokok ini hidup walaupun ketika air pasang mahupun surut..Tisu pokok ini sangat nipis. Baju merah berlengan biru itulah kakak saya..Cikgu Badariyah merangkap "mastermind" ekspedisi terhebat ini..
ok. jom mengembara lagi..
Fauna ini adalah sejenis siput. Siput inilah menjadi penyebab Che Su ai Manis saya tidak menyertai ekplorasi Tasik Meromiktik ini...sebenarnye giler geli..tapi nak rasai cabarannye...saya gagahi juga..Maha Hebat!
Ketam yang juga terdapat di dalam Tasik Meromiktik ini.
Ini namanye "ikan tipu". Ikan ini akan berpura-pura mati apabali menyedari adenya musuh (antaranya manusia yang datang mengharungi air tasik). kita hanya perlu mencuit badannya supaya dia hidup semula...
Tahukah anda Meromiktik membawa maksud lapisan air iaitu air laut dan air sungai yang tidak bercampur, yang berbeza suhu dan ketumpatan yang mana air laut yang lebih berat akan berada di lapisan bawah manakala air tasik akan berada di bahagian atas. Ketika ini saya sedang menikmati air laut dan air sungai yang tidak bercampur..
Disini adalah titik pertemuan air tasik yang mengalir ke laut dalam masa yang sama ombak membawa air laut masuk ke dalam tasik. Ianya tidak bercampur. Subhanallah.

No comments:

Post a Comment