Followers

Sunday, April 29, 2012

Senyap

Saya terima keadaan itu dalam diam. Saya sedut dalam-dalam semua kejadian depan mata.

Saya tidak memandang. Saya tidak melihat. Apa yang saya dengar saya masuk ke telinga kanan dan keluarkan di telinga kiri.

Masalah rumah tangga. Masalah anak-anak. Mengapa perlu di perdengar kepada orang luar?

Kamu membuka pekung di dada. Kamu punya orang sekeliling. Kamu lupa kamu siapa. kamu kurang peka apa yang terlafas itu di dengari orang lain.

Saya berharap kamu lebih memahami keadaan. Tidak semua manusia di dunia mahu tahu hal-hal peribadi kamu.

Makhluk Tuhan gembira apabila melihat manusia lain gembira. Tetapi ada juga manusia tidak suka melihat makhluk tuhan yang lain punyai sedikit lebih kesenangan dalam kehidupannya.

Bersyukur. Itu lebih baik.
Ikhlas. Itu juga akan menjadikan kita lebih baik.

Saya mohon untuk diri sendiri supaya tidak menjadi seperti kamu, supaya saya sentiasa bersyukur, supaya saya kekal ikhlas.

Apabila kamu mencari salah orang lain, ALLAH akan membuka bukan sahaja salah kamu, tetapi salah anak-anak kamu juga.

Saya pernah terdengar, kamu selalu berkata, ALLAH BAYAR "CASH". Saya mohon kamu pegang ayat itu dalam kehidupan kamu.

Luahan saya adalah luahan peribadi. Saya cabar diri sendiri untuk tidak menjadi seperti KAMU.

Saturday, April 28, 2012

Taman Negara Pulau Pinang

Cuti Hari Keputraan Sultan Perak baru-baru ini saya sertai rombongan SMK Dato' Hj Hussein,Selama dibawah kelolaan Cikgu Badariyah Bt Mt Nor (Guru Cemerlang Geografi) ke Ekspedisi Jelajahi Taman Negara Pulau Pinang.
Ekspedisi ini disertaikan oleh 30 ornag murid dan 10 orang guru (termasuk saya).ehehhe.
Bersiap sedia untuk memulakan pengembaraan yang hebat.
Disebabkan hujan turun lebat, kami telah di bawa oleh ketua "hiking" ke muzium Taman Negara Pulau Pinang ini. Disini kami memperoleh banyak info tentang penubuhan Taman Negara ini dan khazanah di dalamnya. Antaranya saya dan Che Su sempat mengirim mesej kepada manusia akan datang mahupun terdahulu melalui Kapsul Masa. 
Che Su yang tulis, saya sain je..heheh..
Banyak lagi info menarik dalam muzium ini. Meh jejalan lagi.
Che Su tengah teropong melihat pemandangan laut yang terbentang luas. Cantik. Tapi hujan. Nampak tak gambar kat paya bakau tu?macam real kan?padahal gambar je tau. Belum masuk hiking sudah terasa teruja bila duduk di dalam muzium ini. Mari mulakan pengembaraan bersama saya.....
Ketua Ekspedisi Puan Rosnah telah membawa kami menerokai Hutan Taman Negara yang sungguh menakjubkan. Pengembaraan membawa kami kepada Tasik Meromiktik yang amat mengagumkan. Perjalanan 2jam menerokai alam semulajadi, akhirnya kami sampai di Pantai Kerachut yang sangat cantik dan bersih...
Lihat? cantik dan bersih kan? Hilang penat hiking 2jam apabila sampai di sini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Kerachut ini antaranya berkhemah, melawat ke Pusat Konservasi Penyu(sekiranya anda bermalam di sini, kemungkinan besar anda akan dapat melihat sendiri penyu mendarat di pantai dan bertelur), meneroka Tasik Meromiktik, mandi-manda, bergambar dan menaiki bot.
Pelihara Flora Dan Fauna Kita.
Info tentang Tasik Meromiktik telah saya ceritakan pada episod yang lepas. Selama beberapa jam menikmati keindahan alam semulajadi di Pantai Kerachut, jam 4 petang kami sekali lagi meneroka alam Hutan Taman Negara untuk perjalanan pulang..
Selamat Tinggal Pantai Kerachut, mungkin saya akan datang lagi pada bulan Jun nanti. Insyaallah.
Babai...Sehingga Berjumpa Lagi..

Friday, April 27, 2012

Tasik Meromiktik

Tasik Meromiktik ialah fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap. Beting pasir ini akan menghalang pergerakan air laut yang di bawa bersama ombak yang besar kemudian tejadinya Tasik Meromiktik. Sambil-sambil itu, jom saya bawa kamu semua melayari keindahan Tasik Meromiktik.
Ini adalah pemandangan Tasik Meromiktik dari dalam hutan Taman Negara pulau Pinang. Untuk sampai ke Tasik Meromiktik ini, pengunjung boleh melalui jalan darat iaitu "Jungle Tracking" yang pasti menjanjikan kepuasan yang maksimum. Mengambil masa hampir 2jam, hidangan flora dan fauna Hutan Taman Negara Pulau Pinang pasti menyajikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung. Walaubagaimanapun, kepada yang tidak gemar  aktiviti mencabar, bot juga disediakan yang mana hanya mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Pantai Kerachut.
Jom jalan lagi....
 Terlampau ingin menikmati Tasik Meromiktik, samapi terpejam mata saya bila Che Su ambil gambar..
jom-jom jalan lagi..
Tarrrraaaa....saya telah menjejakkan kaki ke dalam Tasik Meromiktik....Tasik ini kaya dengan pelbagai ghazanah berharga di dalamnya..meh saya bawakan anda semua mengembara ke dalam tasik ini bersama gambar-gambar yang telah saya rakamkan via Sony Cybershot saya...
Kami sekarang berada di tengah-tengah Tasik Meromiktik. Ini adalah pokok ape ntah..saya pon tak ingat.maaf ye...pokok ini hidup walaupun ketika air pasang mahupun surut..Tisu pokok ini sangat nipis. Baju merah berlengan biru itulah kakak saya..Cikgu Badariyah merangkap "mastermind" ekspedisi terhebat ini..
ok. jom mengembara lagi..
Fauna ini adalah sejenis siput. Siput inilah menjadi penyebab Che Su ai Manis saya tidak menyertai ekplorasi Tasik Meromiktik ini...sebenarnye giler geli..tapi nak rasai cabarannye...saya gagahi juga..Maha Hebat!
Ketam yang juga terdapat di dalam Tasik Meromiktik ini.
Ini namanye "ikan tipu". Ikan ini akan berpura-pura mati apabali menyedari adenya musuh (antaranya manusia yang datang mengharungi air tasik). kita hanya perlu mencuit badannya supaya dia hidup semula...
Tahukah anda Meromiktik membawa maksud lapisan air iaitu air laut dan air sungai yang tidak bercampur, yang berbeza suhu dan ketumpatan yang mana air laut yang lebih berat akan berada di lapisan bawah manakala air tasik akan berada di bahagian atas. Ketika ini saya sedang menikmati air laut dan air sungai yang tidak bercampur..
Disini adalah titik pertemuan air tasik yang mengalir ke laut dalam masa yang sama ombak membawa air laut masuk ke dalam tasik. Ianya tidak bercampur. Subhanallah.

Friday, April 13, 2012

Apa yang berlaku hari ini

Jumaat kali ini nampak macam BANYAK cerita yang TERSIRAT dan TERSURAT. golongan yang menindas di agung2kan. manusia yang lemah+diam ditindas, dikeji, di hina habis-habisan. hebat kan manusia2 yang kononnye hebat itu? lantang bersuara padahal diri sendiri sudah terang-terang tercipta salahnya! ALLAH maha melihat. manusia2 sekeliling juga punya mata untuk menilai. malulah dengan diri sendiri yang belum cukup sempurna. sekian.

heh.itu cerita tersiratnya. gambar-gambar ini akan menunjukkan apa yang sudah tersurat. enjoyyyyyyyy

Buku Program yang disiapkan oleh saya.
Perasmian oleh Datuk Salimin
Alahai...Little Sweet Girls...
itu antara perkara yang berlaku waktu persekolahan...bila tiba waktu rehat solat jumaat, saya n the geng (kakak Masliha, Che Su'aidah, Si Comey Hani) pergi Nagoya beli kain ela untuk team AJK BAGUSS dan siap makan-makan di food court TESCO...

Hani and Bakso (RM3.80)
White Coffie Ice Tesco yang best....
Saya dan Teman Serumah Saya *Che Su'aidah* - credit photo from Masliha Mutapa
ok.cukup kot.sebenarnya banyak lagi gambar..tapi udah le..apa yang telah terjadi hari ni adalah episod yang di mainkan oleh pelakon2 di pentas dunia yang sudah akhir zaman ini. pelakon yang hebat belum tentu hebat wataknya di hadapan ALLAH. pelakon tambahan yang di belakang tabir juga bukan calang2 nya boleh di kotak katikkan selagi ALLAH belum tentukan syurga nerakanya.

Wednesday, April 11, 2012

Mata tak mau pejam

11.59. alahai....seminit lagi detik 12 tengah malam. kenapa la mata saya malam ni? ade yang tidak kene. dari tadi saya layankan jugak. tapi tetap tak mau pejam. last2 buka netbook ni taip sesuatu. pada kebiasaannya, saya kan tidur awal pada waktu malam. sebab;
1. saya penat bekerja dari 8.00pg hingga 5.00ptg
2. saya penat memandu perjalanan 2jam pergi dan balik kerja.
3. saya tidak sempat memikirkan apa-apa sebelum tidur gara-gara penat itu tadi.
4. adakalanya saya sempat aktifkan diri setiap petang bermain bola tampar menyebabkan saya penat juga.
5. saya tidak sempat tidur selepas asar
6. saya hanya perlu baring dan mata akan terlelap sendiri.
tapi malam ni tak seperti malam2 biasa. mata saya tak mau pejam sebab;
1. saya bercuti sempena pertabalan Agung. menyebabkan saya tidak penat.
2. saya tidak penat memandu pon.
3. saya sedang memikirkan sesuatu SEBENARNYA.
4. saya tidak melakukan sebarang aktivit petang tadi.
5. saya tidur selebum asar.
6. saya sudah cuba baring dari jam 9.30malam tadi lagi. tetapi GAGAL.

p/s; menanti kamu memberitahu saya sesuatu.

tindakan saya sekarang? tak perlu memikir apa yang terjadi sepanjang hari ini..tak penting juga nak pikir apa yang bakal terjadi esok hari..tak munasabah langsung menunggu dia memberitahu kamu sesuatu kerana ianya tidak akan terjadi. kamu tidak pernah dan tidak akan PENTING! tutup. dan pergi tidur!

Tuesday, April 10, 2012

Bola oh Bola Tampar

Alahai...petang semalam macam tak puas je main kat LIL BANAT. hujan. terus balik je lah. tapi tup-tup malam tadi lutut sakit. rupa-rupanya sudah lebam akibat melutut mengambil bola? fuhhh...giler punye beria nk ambik bola..sekarang ni seminggu sekali atau 2kali je boleh turun main. Humayra mengaji. lagipon ujan tiap2 petang. Team cikgu lelaki plak sedang giat buat friendly dengan pelajar2 LIL BANAT. erm...sunyi gelanggang bola tampar kat sekolah tu. tiang pon tak pasang. sedih..hukhuk.
Bola tampar adalah satu2nya aktiviti yang saya lakukan setiap minggu walaupun bukan setiap hari. malangnya main sudah lama tapi nak set bola tak reti2. macam manalah. pastu kalau kalah udah le kene kutuk dengan team cikgu lelaki (giler riak hebatnye deme). dalam kepala sekarang target nak beli sebiji bola tampar. konon nak praktis kat umah time cuti? (giler semangat waja). kahkah. insyaallah tahun 2012 PSKPP akan di adakan di Larut Matang Dan Selama. mudah2an tahun ni ade la tempat nye...Insyaallah...tapi lepas ni banyak kene berdepan dengan team cikgu lelaki kot...baru boleh mantap?(giler mantap deme?cett).

Team PSKPP tahun 2011 yang tidak membawa balik sebarang pingat. heh. tapi best team ni. ramai...duduk satu rumah siap belajar memasak buat murtabak megi? tahun 2011 PSKPP diadakan di daerah manjung.


Team Bola Tampar PSKPP LMS Tahun 2010. Tahun pertama saya join ini team. best....dapat no3. kehkeh. masa ni diadakan di daearah Kinta..tengok bola yang bergolek itu buat saya geram..

Tahun 2012? entah ape plak episod untuk tahun ini. berjaya atau tidak? Tahun 2012 di sini! Larut Matang Dan Selama. tempat sendiri gelanggang sendiri? giler kalo tak menang? haha.


CoppP! No 9 itu sayalah..LMS VS Kuala Kangsar

Google Image Result.
Bola Oh Bola Tampar

Bagaimana Mahu Hilangkan Perasaan "Cepat Terasa"

macam best je entry kali ni. Bagaimana Mahu Hilangkan Perasaan "Cepat Terasa". Sejak minggu lepas saya agak banyak mengalami perasaan yang tidak best ni. Cepat Terasa. heh.puncanya?. saya tidak dapat berfikir secara positiflah. itu masalahnye. hari ini, saya biarkan saja perkara sepertinye berlalu. biarkan hujan membawa ia pergi. cukup.saya tidak akan melawan. Tuhan ada rencananya.

Sunday, April 8, 2012

Gambar-gambar daripada SONY Cybershot saya

Boleh di katakan saya memang obses dengan camera saya..ape yang saya snap WAJIB saya upload dalam facebook atau blog saya nih..tapi rasanya banyak lagi ilmu yang saya perlu pelajari. jadi, apapun, mari enjoy lihat gambar-gambar yang saya sudah rakam..paparan ini adalah yang berada di dalam kehidupan saya seharian.
gambar Iman bersama sepupunye at Domino's Taiping.

Masjid Ubudiyah Kuala Kangsar

Heh.ini kaki saya

sebenanrnya banyak lagi gambar yang nak di kongsi.tapi tenet macam lambat je pulok. ini pun sambil-sambil tengok ABPBH 2012..dh lewat tapi nak tunggu jugak. siapa Bintang Paling Populor?


Saturday, April 7, 2012

Tidak suka apabila ...

1. melihat. berpaling. menjenguk. menonjolkan diri
2. MENIPU
3. tidak mengaku salah!
4. makan. minum. bersama
5. buat keje bodoh.
6. mengungkit
7. aku menangis

kan...kamu

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

hati ini bukan milikku lagi
seribu tahun pun akan ku nanti
kan...kamu

sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku
terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Google Image Result
p/s; Balik cepat!