Saya terima keadaan itu dalam diam. Saya sedut dalam-dalam semua kejadian depan mata.
Saya tidak memandang. Saya tidak melihat. Apa yang saya dengar saya masuk ke telinga kanan dan keluarkan di telinga kiri.
Masalah rumah tangga. Masalah anak-anak. Mengapa perlu di perdengar kepada orang luar?
Kamu membuka pekung di dada. Kamu punya orang sekeliling. Kamu lupa kamu siapa. kamu kurang peka apa yang terlafas itu di dengari orang lain.
Saya berharap kamu lebih memahami keadaan. Tidak semua manusia di dunia mahu tahu hal-hal peribadi kamu.
Makhluk Tuhan gembira apabila melihat manusia lain gembira. Tetapi ada juga manusia tidak suka melihat makhluk tuhan yang lain punyai sedikit lebih kesenangan dalam kehidupannya.
Bersyukur. Itu lebih baik.
Ikhlas. Itu juga akan menjadikan kita lebih baik.
Saya mohon untuk diri sendiri supaya tidak menjadi seperti kamu, supaya saya sentiasa bersyukur, supaya saya kekal ikhlas.
Apabila kamu mencari salah orang lain, ALLAH akan membuka bukan sahaja salah kamu, tetapi salah anak-anak kamu juga.
Saya pernah terdengar, kamu selalu berkata, ALLAH BAYAR "CASH". Saya mohon kamu pegang ayat itu dalam kehidupan kamu.
Luahan saya adalah luahan peribadi. Saya cabar diri sendiri untuk tidak menjadi seperti KAMU.
No comments:
Post a Comment