Followers

Saturday, July 28, 2012

J.U.L.A.I 2012

JULAI 2012
Bukan saya tidak pernah melalui detik-detik kepayahan dalam ujian ALLAH. 
PERNAH
sepatutnya saya sudah biasa. Tetapi kali ini lain. Menerima orang baru dalam hidup dan kehilangan orang tersayang dalam hidup sangat berbeza. Ibu saya telah kembali ke Rahmatullah pada 17.7.2012 yang lalu. Jam 7.40 malam mak hembuskan nafas terakhir di hadapan saya, Iman dan Apak.
Mak mengalami stroke sejak 5 tahun yang lepas. Sejak itu dunia mak cuma dalam rumah ini. Rumah yang sudah kosong dengan suara mak ni. *senyap*. Hari ini sudah 13 hari mak pergi tinggal kami semua. Tanah kubur mak masih merah. Kebetulannya kubur mak cuma di tepi jalan. Tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja saya nampak. Setiap petang saya pulang dari kerja saya nampak. *senyap*. 
Julai 2012. Rahsia ALLAH itu maha hebat. *senyap lagi* 
Julai juga mengubah dunia kerjaya saya. Senarai tugas di rombak. Saya akan buat kerja-kerja akaun selepas ini. *senyap*
Ah.Hati saya sudah melayang di bawa mak. AlFatihah untuk arwah mak saya. Hasnah Binti Mat Zain. Semoga roh mak dicucuri rahmat ALLAH.

No comments:

Post a Comment