Followers

Sunday, January 2, 2011

Selamat Datang 2011

Saya jadi teringat kembali apa telah jadi sepanjang tahun 2010 dari awal bulan pertama hingga ujung nya.berada di daerah baru, saya mula mengenali insan-insan yang kebanyakkan nya misteri pada saya.Mulai rasa terdesak untuk berkawan dek kerna daerah itu terlalu asing pada saya.Yang pahit itu saya telah telan bulat-bulat.

Namun ada juga kenangan terindahnya tercipta sepanjang 2010.Mengenali kamu yang saya rasa begitu membahagiakan.sungguh.walaupun rasa terpaksa itu ada.

berjumpa dengan insan-insan yang hampir sempurna buat saya lebih dihargai hidup di Bumi ALLAH ini.selengkapnya tidak.tapi hampir membawa saya menjadi lebih gagah membesarkan satu2nya permaisuri hati saya.

ahh..sakit itu tetap ada.manis itu juga tidak selalunya aman.

*tarik nafas dalam-dalam*

saya akur.esok adalah permulaan yang ntah bagaimana reaksi hidup saya selepas ini.mengapa esok?kerna sudah 2 hari saya berkurung dalam rumah..ntah apa telah terjadi di luar sana.saya tidak tahu.

hey..selamat kembali ke sekolah.tahun 2011 menjanjikan tugas yang makin mencabar.saya akan menjadi PT kewangan selepas ini.mohon yang baik-baik saja.Insyaallah.

saya tinggalkan 2010 dengan senyuman
saya sahut cabaran kehidupan saya sepanjang 2011 akan datang juga dengan senyuman.

No comments:

Post a Comment