Followers

Thursday, January 20, 2011

Dua Puluh Empat Jam Yang Makin PENUH

3 tahun kebelakang..
Hidup dengan anak-anak yang bernama MURID
rasa malas setiap kali nk menjenguk kelas yang PANDAI2 huninya
rasa tertekan pabila tak hingin berdepan dengan anak-anak yang memberontak jiwa mereka
rasa lapang dada pabila loceng bunyi tanda PNP setakat itu saja.


*dalam hati*
patut lah saya tidak ditakdirkan menjadi seorang guru


*senyum penuh makna*
tapi terhegeh2 juga mahu menjadi guru
tak sedar diri kah apa?


setahun kebelakang
masih bekerja di sekolah
cuma bedanya tidak mengajar
menjaga semua perihal cikgu pula lah
dari lantikan kamu semua sehinggalah sudah ada 2 orang guru yang berpencen di bawah urusan saya
*tahun ini Guru besar pula mahu pencen*


hey
kerja sebagai Pembantu Tadbir di sekolah itu mencabar ye
berbangga nya lah pabila setiap orang guru bergantung perkhidmatan pada saya
hahha bEST


sekarang ini tiada lagi rasa malas untuk pergi ke sekolah
tiada lagi rasa tertekan dengan tugas-tugas di sekolah
saya suka
saya bersemangat
Dua Puluh Empat jam saya sekarang saya penuhkan dengan pelbagai urusan
bangun seawal 5.30pg uruskan mak
bekerja dari 8pg-5ptg
bermain bola tampar dr habis keje sampai magrib
tiba di rumah selewat 8.30mlm
melayan iman sebelum tido
sampaikan saya lena pon saya tak sedar jam berapa


hari ini cuti satu hari sempena Thaipusam
saya bawa Humayra pergi bermain bowling bersama teman-teman
PUAS
walaupun banyak juga bola yang ke longkang


walau apa pun..
kini saya baru rasa kehidupan yang agak penuh dan selesa
walaupun nampak agak mementingkan diri sendiri
sememangnya saya mementingkan diri sendiri
menjaga hati sendiri lebih mudah
sebab: tiada siapa mahu menjaga hati saya
sekian.


selamat malam semua.

No comments:

Post a Comment