Followers

Friday, October 28, 2011

Sekian lama

saya pejam saya celik
lama jugak saya tinggal kan zon saya yang satu ini.
banyak yang berlaku sepanjang perjalanan saya hari2 yang lalu
dan ini adalah salah satunya..

Johan Keseluruhan Karnival Permainan Staf Sekolah Zon Kamunting - SK Long Jaafar
bermain hampir setiap petang...inilah hasilnya...tapi tak kurang juga saya tewas juga pada babak2 tertentu..
sedar.tidak mengapa.bukan selalu kita berada di atas.terkadang di bawah.

di sini dulu.
kehidupan.

Sunday, April 24, 2011

Saat Allah Berbicara

Allah sedang berbicara denganmu..
Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas


SABAR dan IKHLAS
Hayati

-Ayat-Ayat Cinta-

Saturday, April 23, 2011

Hari tanpa CSL

Dari pagi tadi saya mencari charger handset
tiada
merata-rata dah cari
tiada

Last2 guna nokia 5200 yang rosak keypad (c)
rosak button up n down
button tengah tu pon kene tekan sampai naik merah ibu jari
cume boleh TERIMA call n message
boleh REPLY message kot...



memang tak de kejelah ko ati.
kite bakor je..

Yang sebenornye TERIMA call pon tak leh.
speaker rosak.bingung.
so?solution?
tunggu sampei esok..

Pejabat baru lepas naik taraf



Selamat menjalankan tugas kamu dengan sabaik mungkin. 
Saya mohon yang baik-baik sahaja.

Program Motivasi Murid Tahun Enam SKLJ



Ini merangkap LADAP yang pertama bagi tahun 2011.

Kamu itu memang suke senyumlah kan?
Tersengeh Leborrr
Me + Shawl
Saya lah tu
Ice Breaking
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Sesi pendaftaran

Saturday, April 9, 2011

Sambil-Sambil

Apa yang akan kalian lakukan ketika sedang menanti saat keretapi mahu melintas di landasan?
memang tak de keje lah kamu tu ati..
alahai...mata jadi kecik...panas...time ni pukul 12 lebih...matahari tegak atas kepala
dan keretapi itu pun muncul...


saya dalam perjalanan pulang dari menjaga peperiksaan Munsyi.

Saturday, March 26, 2011

Tepuk Pengakap!

Perkhemahan pengakap kali ini diiringi hujan lebat

saya alihkan sekejap perhatian saya pada kem ini
saya adalah pihak yang terlibat secara TIDAK langsung
tiada kena-mengena
tetapi saya HADIR


Saturday, March 12, 2011

Aktiviti Seni Humayra

Ok.Ini cara mama dan Humayra habiskan masa hari ahad ini.

Humayra mewarna Mama sebagai pelukisnya
 

Saturday, March 5, 2011

Salah Yang Tiada Penghujung

Saya ngerti kamu terluka
tetapi itu bukan mahunya saya

Saya faham kamu dikhianati
tetapi itu bukan pintanya saya

Maaf
beribu kali maaf pun
belum tentunya kamu maafkan
saya terima
saya salah
saya jahat
saya naif

saya telan semuanya salah saya
saya sialkan diri saya dari menangis
meratap kesalahan sendiri minta simpati kamu semua
saya maki diri sendiri dek kerna kebodohan yang saya cipta

kamu diluar jangkaan saya
hayati
sakit.pedih.getir.perit.

*bengang dengan diri sendiri*

jangan haraplah bahagia akan menjenguk kamu
hayati
tolong sedar diri!


Tolong jangan maafkan saya.saya salah.hukumlah jika kamu mahu

Sunday, February 27, 2011

kekuatan

keajaiban akan berlaku ketika kita menangis..


                               Perempuan>>


Hey kamu,
ketawamu membuatkan saya gembira
airmata kamu membuatkan saya ingin menangis juga
senyumanmu membuatkan saya jatuh hati setiap kali


kelemahan kamu akan saya jadikan kekuatan untuk saya membimbing kamu
kekuatan kamu akan saya jadikan azimat untuk saya menambah kekuatan saya untuk melindungi kamu


alhamdulillah
makin hari kamu semakin serasi dengan saya


subhanallah
maha suci allah
mempertemukan saya dengan kamu yang ntah dari mana datangnya


insyaallah
saya akan sentiasa "ada" untuk kamu

Tiada salahnya jika kita meminta lebih dari ALLAH
kan?

selamat malam semua

Friday, February 25, 2011

Hanya Pelangi

Petang itu saya melihat keajaiban Allah
memperlihatkan pelangi kembar di hadapan mata
sungguh. Dua pelangi di tempat yang sama
jarak tidak jauh.cuma satu samar-samar yang satu lagi jelas kelihatan


saya senyum
telefon bimbit saya berbunyi
awak..saya sedang lihat si kembar pelangi
cantik...


dia di sana cuma gelak melayan keletah saya


1 minit kemudian
Subhanallah..
dia juga melihat pelangi yang sama


*saya tersenyum*


saya lihat dalam-dalam pelangi milik Allah
saya ingin memeluknya alam-dalam juga


tapi lumrahnya pelangi itu sementara bukan?
yakin dalam hati kamu tidak begitu
kamu akan menyokong saya,mendamping saya,membimbing saya


waktu sang pelangi pergi jauh
saya hanya dapat menghirup udara kamu
menyentuh hati kamu dari jauh




kamu itu ciptaan terindah buat saya

Nur Kasih

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah


Betapa saya naif di hadapan kamu
Betapa saya kelihatan lemah pada pandangan kamu
Betapa saya rasa terlalu kerdil pabila bersama kamu


Nur Kasih


Dalam hati saya kini hanya adanya kamu
saya sedut dalam-dalam kata-kata kamu
saya muntahkan segala kekurangan yang kamu nampak pada zahirnya saya
saya telan segala sisa kekuatan yang ada

Friday, February 4, 2011

Tiada Rasa

Saya mengaku saya yang begini

saya yang suka mengambil risiko
saya yang pakar memujuk diri sendiri
saya yang sukar fahami manusia lain
saya yang obses dengan aktiviti
saya yang suka tidur
saya yang suka mendesak
saya yang suka mencuba

saya yang begini begini lah


saya yang suka sangat senyum lebar


Tuesday, January 25, 2011

Percayalah

Saya tipu dia
saat saya menerima panggilan dia saya sedang melayan perasaan saya di blog2 kegemaran saya
tika itu saya mahu menulis
tetapi tidak tahu hujung pangkalnya.


hey kamu
saya tipu kamu
saya rindu tapi saya ego
tapi saya tetap layan kamu


hey
dalam hati saya cuma ada kamu
tapi saya tidak bisa bikin ini satu realiti hebat


kamu tahu
sebelum2 ini saya tenang setiap kali berdepan dengan kamu
saya suka lihat kamu
saya senang tenung kamu dalam-dalam


tapi hari ini
ntah ngapa
berdebar
gugup
gelabah
kamu itu kacak sangat


hey
perasaan hari ini sedikit aneh
saya cuba untuk lebih tenang selepas ini


percayalah

Thursday, January 20, 2011

Dua Puluh Empat Jam Yang Makin PENUH

3 tahun kebelakang..
Hidup dengan anak-anak yang bernama MURID
rasa malas setiap kali nk menjenguk kelas yang PANDAI2 huninya
rasa tertekan pabila tak hingin berdepan dengan anak-anak yang memberontak jiwa mereka
rasa lapang dada pabila loceng bunyi tanda PNP setakat itu saja.


*dalam hati*
patut lah saya tidak ditakdirkan menjadi seorang guru


*senyum penuh makna*
tapi terhegeh2 juga mahu menjadi guru
tak sedar diri kah apa?


setahun kebelakang
masih bekerja di sekolah
cuma bedanya tidak mengajar
menjaga semua perihal cikgu pula lah
dari lantikan kamu semua sehinggalah sudah ada 2 orang guru yang berpencen di bawah urusan saya
*tahun ini Guru besar pula mahu pencen*


hey
kerja sebagai Pembantu Tadbir di sekolah itu mencabar ye
berbangga nya lah pabila setiap orang guru bergantung perkhidmatan pada saya
hahha bEST


sekarang ini tiada lagi rasa malas untuk pergi ke sekolah
tiada lagi rasa tertekan dengan tugas-tugas di sekolah
saya suka
saya bersemangat
Dua Puluh Empat jam saya sekarang saya penuhkan dengan pelbagai urusan
bangun seawal 5.30pg uruskan mak
bekerja dari 8pg-5ptg
bermain bola tampar dr habis keje sampai magrib
tiba di rumah selewat 8.30mlm
melayan iman sebelum tido
sampaikan saya lena pon saya tak sedar jam berapa


hari ini cuti satu hari sempena Thaipusam
saya bawa Humayra pergi bermain bowling bersama teman-teman
PUAS
walaupun banyak juga bola yang ke longkang


walau apa pun..
kini saya baru rasa kehidupan yang agak penuh dan selesa
walaupun nampak agak mementingkan diri sendiri
sememangnya saya mementingkan diri sendiri
menjaga hati sendiri lebih mudah
sebab: tiada siapa mahu menjaga hati saya
sekian.


selamat malam semua.

Tuesday, January 18, 2011

Sedaya Upaya

Saya sedar saya masih berada di bumi yang betul
saya sedaya upaya untuk tidak berginjak walau sedikit
kerna ia nya bonus untuk kehidupan saya

berapa berat
ianya tanggungjawab saya

saya cuma alihkan sedikit perhatian
agar kehidupan lebih terasa bermakna

*terasa hati*

Ianya menyentuh hati banyak pihak
terutama Iman

*sori*

saya akan terus sedaya upaya untuk tinggal di sini
saya tahu

menjadi diri sendiri amat penting waktu ini
saya campak jauh-jauh tekanan yang ada

saban petang
saya keluarkan semua suara saya yang dulu
saban petang
saya gelak berdekah-dekah seperti waktu dulu
saban petang
saya senyum puas sperti saya dulu
saban petang saya menjadi seperti YATI yang dulu

hebat saya waktu dulu saya kembalikan saban petang
saya puas.
saya leka.
saya rencana segalanya.

yang saya tahu saya cipta dunia saya sendiri

kehidupan seperti roda
saya sedaya upaya menghadapi segala kemungkinan yang bakal tiba
saya tahu itu.
ALLAH bersama saya SELALU

Saturday, January 15, 2011

Terfikirkan ini

Tahun 2011 apa saya jadi TERINGIN lakukan?
1.Jalan bersama Iman menaiki keretapi
2.kempiskan perut saya?hukhuk
3.belajar mencalit sedikit perasa pada muka
4.Hey,udah tentu nak menang bola tampar PSKPP tahun ni
5.mesti dapatkan kursus induksi untuk sah perkhidmatan
6.tengok duit kwsp cukup tak beli umah?
7.sambut hari jadi bersama Iman di tempat jauh dari sini
8.hantar Iman belajar di QIRAARTI
9.belajar sebanyak mana ilmu dalam dunia pengurusan sekolah
10.Alihkan perhatian

*4.Saya sudah mulakan latihan SABAN petang.
*9.Saya sudah pegang kewangan sekolah sekarang.
*10.Dalam proses.SAKIT sebenarnya.Face it!

Thursday, January 13, 2011

Tanpa rasa

Sejak akhir ini
saya bukan saya
saya senyum terpaksa
saya gelak tanpa rasa
saya melangkah penuh gaya namun KOSONG

sejak akhir ini
saya ingin menjadi sepertimana saya
saya senyum penuh makna
saya gelak beria-ia
saya melangkah biasa tetapi YAKIN

sejak akhir ini
keadaannya berbeda
situasinya sama
tapi auranya TIADA

hey..saya mahu kamu tahu yang saya SAKIT dengan keadaan ini!
faham tidak?
tak faham kan?
aaahhhh...kamu memang begitu lah dari dulu.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Datang 2011

Saya jadi teringat kembali apa telah jadi sepanjang tahun 2010 dari awal bulan pertama hingga ujung nya.berada di daerah baru, saya mula mengenali insan-insan yang kebanyakkan nya misteri pada saya.Mulai rasa terdesak untuk berkawan dek kerna daerah itu terlalu asing pada saya.Yang pahit itu saya telah telan bulat-bulat.

Namun ada juga kenangan terindahnya tercipta sepanjang 2010.Mengenali kamu yang saya rasa begitu membahagiakan.sungguh.walaupun rasa terpaksa itu ada.

berjumpa dengan insan-insan yang hampir sempurna buat saya lebih dihargai hidup di Bumi ALLAH ini.selengkapnya tidak.tapi hampir membawa saya menjadi lebih gagah membesarkan satu2nya permaisuri hati saya.

ahh..sakit itu tetap ada.manis itu juga tidak selalunya aman.

*tarik nafas dalam-dalam*

saya akur.esok adalah permulaan yang ntah bagaimana reaksi hidup saya selepas ini.mengapa esok?kerna sudah 2 hari saya berkurung dalam rumah..ntah apa telah terjadi di luar sana.saya tidak tahu.

hey..selamat kembali ke sekolah.tahun 2011 menjanjikan tugas yang makin mencabar.saya akan menjadi PT kewangan selepas ini.mohon yang baik-baik saja.Insyaallah.

saya tinggalkan 2010 dengan senyuman
saya sahut cabaran kehidupan saya sepanjang 2011 akan datang juga dengan senyuman.