Followers

Saturday, July 28, 2012

J.U.L.A.I 2012

JULAI 2012
Bukan saya tidak pernah melalui detik-detik kepayahan dalam ujian ALLAH. 
PERNAH
sepatutnya saya sudah biasa. Tetapi kali ini lain. Menerima orang baru dalam hidup dan kehilangan orang tersayang dalam hidup sangat berbeza. Ibu saya telah kembali ke Rahmatullah pada 17.7.2012 yang lalu. Jam 7.40 malam mak hembuskan nafas terakhir di hadapan saya, Iman dan Apak.
Mak mengalami stroke sejak 5 tahun yang lepas. Sejak itu dunia mak cuma dalam rumah ini. Rumah yang sudah kosong dengan suara mak ni. *senyap*. Hari ini sudah 13 hari mak pergi tinggal kami semua. Tanah kubur mak masih merah. Kebetulannya kubur mak cuma di tepi jalan. Tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja saya nampak. Setiap petang saya pulang dari kerja saya nampak. *senyap*. 
Julai 2012. Rahsia ALLAH itu maha hebat. *senyap lagi* 
Julai juga mengubah dunia kerjaya saya. Senarai tugas di rombak. Saya akan buat kerja-kerja akaun selepas ini. *senyap*
Ah.Hati saya sudah melayang di bawa mak. AlFatihah untuk arwah mak saya. Hasnah Binti Mat Zain. Semoga roh mak dicucuri rahmat ALLAH.

Saturday, July 7, 2012

Julai 3-5, 2012

Assalamualaikom..
Hari ni saya nak bercerita sikit tentang ape yang jadi sepanjang 3 hari dalam minggu lepas..Ingat lagi tentang ini?
ha...saya periksa 3 hari di SM Teknik Persiaran Brash, IPOH...ini antara kertas periksa yang dibenarkan di bawa pulang oleh semua calon.
3 paper...3 hari...soalan susah ke senang?hahha...periksa "open book"..jawapan memang la dijumpai tetapi tidak pastilah semada jawapan itu menpati kehendak ataupun tidak. Satu pengalaman yang mengerikan terjadi pada saya ialah apabila saya mengalami tekanan yang maha hebat sehingga terdapat "urat stress warna ijau" yang timbul pada pangkal leher saya..Subhanallah. mujurlah ade housemate saya tolong urutkan. TQ housemate..mengerikan sangat. tapi lepas tidor urat ijau pon ilang. nampak sangat STRESS.
Petang 5hb tu plak..lepas habis paper yang last jam 11.30pagi terus rushing balik sebab ade program ini....
Dalam keadaan kepala yang sangat tidak stabil sepanjang 3 hari periksa..saya gagahi juga menjalankan tugas mengambil video dan gambar sepanjang sukan tahunan itu berlangsung. Walaupon gambar-gambar saya tidak begitu memuaskan hati saya, tetapi saya siap untuk memperbaikinya lagi di masa-masa akan datang. Walau bagaimanapon, terbaek AJK pelaksana kerana berjaya mengendali sukan ini dengan jayanya.TAHNIAH.

sekian dulu.nanti kalo ade cerita lagi saya tulis.oh ya minggu depan ade program 1Murid 1Sukan.nantikan gambar-gambar terbaek daripada saya di laman sosial

Sehingga berjumpa lagi..
Assalamualaikom.