awak makin, manja
awak makin, bijak
awak makin, banyak bercakap
hari ini mama belikan awak 4 buah buku aktiviti yang pada mama amat menarik.
kebetulan semalam hari gaji.mama sangat teruja untuk belikan awak buku.
Buku pertama - Fun with sticker
kita berdua habiskan 2 buah buku pertama tu di rumah mak ngah.
awak memang tak kan boleh tahan apabila mendapat buku baru!
yang pasti.
awak tunjukkan gambar yang sama..
awak tanggalkan sticker..
dan awak lekatkan di petak berkenaan.
PERFECT.
Buku Kedua - Let's Do Art..
yang ini mama juga suka.kita kerat dan gam mengikut corak yang diberi.
awak sangat bijak!
dan sangat suka bermain dengan gam.
PERFECT sayang.
*dalam kepala mama masa itu *gaji yang kene kuiri petang tadi tak siap lagi.esok nk kene hantar*
*dalam perut mama juga sudah berkeroncong hebat*
mama tak pedulikan awak.
mama tetap mahu makan.
LAKSA.makanan kegemaran awak.
kita kongsi mangkuk laksa yang sama
kita kongsi gelas air masak yang sama
kita PEDAS bersama-sama sayang.
sudah makan awak sibok dengan aktiviti mewarna awak.
mama cuma tengok sambil layan DINASOUR di disney channel
awak baru tersedar cerita dinasour itu menarik.
awak pelan2 baring atas peha mama.
kita berdua layan cerita itu bersama-sama.
*dalam hati UDA dan YU..iman..cepat la tido..UDA nk tengok Australia's Next Top Model nih!*
*mama senyum*
awak lena sedang mama leka siapkan kerja mama.
Selamat Malam Sayang.
Mama sayang awak sampai mati dan dihidupkan semula.
PASTI.
Mama sayang Iman |
No comments:
Post a Comment